Bismillahirrahmanirrahim Jika kita menyingkap kembali lembaran sejarah Islam, pasti akan melihat sesuatu yang tidak boleh diabaikan iaitu mengenai kehebatan dan kemasyuran wira-wira Islam yang sangat tersohor dengan kehandalan mereka dalam aspek berkaitan ketenteraan. Kegagahan dan kebijaksanaan mereka tidak dapat disangkal apatah lagi dengan jumlah tanah jajahan yang ditakluki ketika Islam sedang berkembang. Namun perangnya umat Islam ketika itu sama ada di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW atau selepas baginda adalah perang mempertahankan diri dan hak yang telah dicerobohi oleh musuh. Berikut merupakan 9 pemimpin perang yang terkenal dalam sejarah Islam : 1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642) Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dar...